Ahad, 11 Disember 2011

Matematik Pendidikan Khas: Nombor (Kod Tangan)

Nombor 1 hingga 10 (Kod Tangan)
Dengan menggunakan kod tangan ini, sedikit sebanyak dapat membantu murid pendidikan khas berkomunikasi dan mengenal nombor menggunakan kod tangan.
Kaedah ini dapat membantu murid yang tidak dapat bertutur untuk berkomunikasi dan mengira nombor 0 hingga 10 dengan menggunakan kod tangan.
Secara umumnya, kod tangan ini digunakan oleh murid Pendidikan Khas Masalah Pendengaran, tetapi guru boleh menggunakan kaedah kod tangan ini untuk murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran yang tidak boleh bertutur dengan baik.
Kaedah ini juga sesuai untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah bagi meningkatkan tahap kefahaman murid untuk mengenal nombor 1 hingga 10 dan mengira secara menaik dan menurun menggunakan kod tangan.
Seterusnya, kaedah ini juga sesuai kerana ia menggunakan simbol kod tangan yang tertentu mewakili setiap nombor.
Di sini saya sediakan contoh soalan yang boleh digunakan:

Warnakan  isyarat tangan mengikut nombor yang diberi.

Disediakan Oleh: Noor Haffizan Md Yusuf
No. Matrik: D20102045807
Kumpulan E-Learning: D08

Khamis, 17 November 2011

Hari Pertama

Selamat datang ke Kelip Kunang blog. Ini adalah hari pertama saya wujudkan blog saya. Saya harap dapat berkongsi maklumat dan pengalaman dengan semua pengunjung blog ini. Saya juga akan menyediakan serba sedikit pengetahuan yang saya ada untuk dikongsikan bersama agar ianya mendapat manafaat kepada semua. Terima Kasih